Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)
menetapkan 10 langkah ketika proses pengundian di setiap tempat mengundi yang perlu
dipatuhi. Langkah-langkah tersebut ialah:
1. Masuk setelah dibenarkan oleh polis yang
mengawal setiap pintu masuk
2. Serahkan Mykad/dokumen pengenalan diri
dan slip semakan (sekiranya ada) kepada Kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan
kedua-dua belah tangan untuk diperiksa
3. Kerani Pengundian Pertama akan
memberikan Mykad/dokumen pengenalain diri pengundi kepada Kerani Pengundian Kedua
untuk pengesahan. Pastikan nombor kad pengenalan dan nama anda yang diteriakkan
oleh Kerani Pengundian Pertama adalah tepat
4. Bergerak ke hadapan Kerani Pengundian
Kedua. Celupkan jari telunjuk tangan kiri ke dalam botol Dakwat Pilihan Raya
apabila diminta oleh Kerani Pengundian Kedua
5. Terima Kertas Undi daripada Kerani
Pengundian Ketiga
6. Bergerak ke meja Ketua Tempat Mengudi
(KTM) untuk meninggalkan telefon bimbit
7. Maju ke petak undi dan tandakan ‘X’ pada
ruangan kosong bersebelahan dengan nama calon dan simbul calon dalam Kertas
Undi dengan menggunakan pen. Pilih satu calon sahaja
8. Masukkan Kertas Undi dalam Peti Undi
yang betul
9. Bergerak ke meja KTM sekali lagi untuk
mengambil telefon bimbit
10. Segera tinggalkan Tempat Mengundi
setelah selesai mengundi
- Kerani Pengundian Pertama akan membuat
penandaan nama anda dalam buku Daftar Pemilih Pilihan Raya apabila jari anda
diceluk ke dalam botol Dakwat Pilihan Raya
- Semua proses pengundian dijalankan dalam
kehadiran Ejen Tempat Mengundi yang bertugas
No comments:
Post a Comment