Friday 27 January 2023

PENYAKIT SELESEMA BERPUNCA DARIPADA BABI

 
Pada tahun 1918, berlaku wabak penyakit menyerang seluruh dunia yang dikenali Selesema Spanyol (Spanish Flu atau (H3N2). Ia  merupakan wabak yang paling teruk dalam sejarah dunia moden.
 
Mengikut beberapa kajian, kuman virus yang menyebabkan wabak ini datang daripada babi-babi di Amerika. Ia menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I.
 
Jangkitan kuman virus influenza ini, telah membunuh lebih kurang 20 juta manusia di seluruh dunia. Malahan ada yang menganggarkan mangsa-mangsanya yang sebenarnya berjumlah 40 juta orang.
 
Sejarah dunia berkaitan penyakit berpunca daripada babi ialah Asian Flu pada tahun 1957, Hong Kong Flu 1968 dan Russian Flu pada tahun 1977.
 
Virus H1N1 atau dikenali juga selesema babi, satu lagi penyakit yang dibawa oleh virus babi menyerang dunia. .
 
Pada tahun 1997, ahli-ahli sains telah menemui beberapa kuman virus lagi keluaran babi yang boleh menjangkiti manusia. Kuman-kuman ini belum pernah ditemui sebelum ini, antaranya ialah,
- Porcine Torovirus.
- Porcine Rotavirus (Variant 4F).
- PRRS (Porcine Reproductive and Respiratory Syndrome Virus).
- H3N2 Swine Flu Virus.
 
Penyakit yang dibawa oleh babi telah diketahui sejak dinasti Tang dan Ming di China. Beberapa rentetan sejarah moden juga telah membuktikan bahawa ia membawa bencana kepada umat manusia. Persoalannya, kenapa ia masih diternak secara besar-besaran?

No comments:

Post a Comment