Wednesday 1 February 2023

LATO-LATO SEBABKAN KECEDERAAN

 
Lato-lato adalah permainan yang diperkenal sekitar tahun 60-an dan 70-an di Amerika Syarikat dan kini menjadi kegemaran penduduk Indonesia sebelum ia tular ke negara ini.
 
Permainan lato-lato yang semakin popular dalam kalangan pelajar di negara ini, perlu dikawal kerana dikhuatiri mendatangkan mudarat terutama kecederaan kepada murid sekolah rendah.
 
Pihak sekolah dan ibu bapa perlu mengawal anak daripada bermain permainan itu termasuk melarang ia dibawa ke sekolah.
 
Permainan lato-lato ini baharu bermula di negara ini, namun kita kesan ia sudah menular ke sekolah. Diharapkan ia dikawal daripada merebak kerana permainan ini mengeluarkan bunyi bising dan bingit, serta boleh mendatangkan bahaya.

Apa yang dibimbangi lato-lato ini mempunyai ladung yang berat, jadi jika ia terkena muka pelajar maka akan mencederakan. Disebabkan itu kita harap ibu bapa dan pihak sekolah pantau perkara ini.
 
Sekolah sepatutnya menjadi tempat selamat kepada pelajar menuntut ilmu, jadi kita harap ibu bapa dapat pantau anak mereka termasuk elak permainan ini dibawa ke sekolah.
 
Lato-lato mempunyai dua pemberat dan diikat dengan tali. Cara bermainnya melibatkan pemain menghayun kedua-dua pemberat ini agar ia bertembung antara satu sama lain, di bawah dan di atas tangan.
 
Lagi laju ia dihayun, dianggap lagi hebat. Walau bagaimanapun, permainan lato-lato ini sebenarnya mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak kerana boleh mencederakan bahagian mata, gigi atau hidung.
 
Perkara ini terjadi kerana sekiranya kanak-kanak tersebut tersilap hayun lato-lato tersebut, ia akan terkena pada tubuh badan kerana ladungnya itu agak berat.
 
Maka, jika silap hayun, ada risiko ladung tak bertembung sesama sendiri, lalu terkena anggota tubuh. Ada lato-lato yang ladungnya tu agak berat, jadi jika kena muka agak berbahaya. Terutamanya jika melibatkan mata, gigi atau hidung,” jelasnya. Tidak salah untuk main lato-lato. Ia boleh meningkatkan koordinasi tangan.
 
Cuma, perlulah berhati-hati semasa bermain. Ibu bapa perlu pastikan anak bermain cara yang selamat. Jika boleh pesan agar:
- Tidak menghayun lato-lato separas atau berhampiran muka. Hayun rendah atau jauh ke hadapan sedikit.
- Tidak bermain terlalu dekat dengan orang lain, atau di tempat orang lalu lalang. Bimbang terkena orang.
- Tidak menghayun atau mencampak lato-lato ke arah orang lain. Kena tegah dengan tegas hal ini.
- Berhati-hati dengan tali lato-lato. Memandangkan ia dililit pada jari, maka jangan sampai terjerut pula.
 
Seperti mana yoyo, gasing, kendama atau apa-apa permainan yang mempunyai pemberat yang dihayun, lato-lato mempunyai potensi menyebabkan kecederaan. Maka ibu bapa perlu memantau anak-anak bila bermain.

No comments:

Post a Comment