Saturday 21 October 2023

PLOGGING AKTIVITI KUTIP SAMPAH

Aktiviti “plogging’ semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat Malaysia. Aktiviti plogging adalah mengutip sampah sambil berlari, berjalan atau kembara. 

Perkataan “plogging” berasal dari negara Sweden atau perkataan Swedish “plocka upp” yang bermaksud “mengutip”. Apabila diantarabangsakan ia menjadi “plogging” yang lebih menampakkan keinggerisan. Kalau hendak nampak kemelayuan, boleh sahaja menggunakan “pengutipan” atau “pemunggutan”.

Masyarakat kita memang suka menggunakan istilah asing. Kalau ditulis “kembara berjalan kaki” tentu banyak orang tidak memahaminya. Tetapi jika ditulis atau disebut “hiking”, tentu sahaja banyak orang mengetahui mengenai aktiviti tersebut.

Apapun, tidak kisahlah “plogging” atau “pengutipan”, aktiviti tersebut memang memberi manfaat besar. Elok sangat diperbanyakkan aktiviti tersebut. Riadah sambil melakukan perbuatan yang boleh memberi manfaat, iaitu memunggut sampah atau membersihkan laluan semasa berlari, berjalan kembara berjalan kaki.

Tahniah kepada penganjur Program Plogging @ Community Peringkat Daerah Pasir Puteh bertempat di Bukit Jawa, Selising, Pasir Puteh. Peserta dari Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Pondok Belida serta komuniti setempat.

Bukit Jawa dikaitkan dengan lagenda Puteri Saadong, selain Bukit Marak yang telah lama terkenal mempunyak kaitan dengan keturunan Raja Sakti, raja awal pemerintah Kelantan di Kota Jembal. 

Bukit Jawa sesuai dijadikan lokasi kembara berjalan kaki santai yang tahap kesukarannya sederhana dan mampu disertai seisi keluarga, termasuk kanak-kanak. 

No comments:

Post a Comment