Wednesday 11 October 2023

FELDA KEMAHANG 4, TANAH MERAH

 
Felda Kemahang 04 adalah salah satu kawasan dikendalikan Felda dalam Gugusan Kemahang. Kawasan lain dalam Gugusan Kemahang ialah Felda Kemahang 1, Felda Kemahang 2 dan Felda Kemahang 3.
 
Kawasan pembangunan tanah ini dibuka pada tahun 1973 di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Negeri (LKTN).
 
Kemudian kawasan pembangunan itu diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1976 di bawah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) atau lebih dikenali Felda.
 
Sejak dari itu, Gugusan Felda Kemahang terus menikmati kemajuan dan berkembang sebagai kawasan yang memberi rahmat kepada penerokanya.
 
Nama kemahang diambil dari nama sejenis keladi yang banyak tumbuh di kawasan tersebut iaitu keladi kemahang ketika ia mula diteroka.
 
Apabila disebut Felda Kemahang 4, tentu sekali akan tergambar mengenai kawasan penempatan peneroka dan kawasan tanaman yang diusahakan.
 
Namun, ia agak berlainan dengan Felda Kemahang 4, ada pejabat pengurusan, tetapi tidak ada kawasan penempatan peneroka dan kawasan tanaman atau tanah yang diusahakan.
 
Tidak pasti mengapa nama Felda Kemahang 4 dan pejabatnya wujud, tetapi tidak seperti Felda Kemahang 1, Felda Kemahang 2 dan Felda Kemahang 3 yang menjadi “ahli” dalam Gugusan Felda Kemahang.

Gambar sekadar hiasan.
 

No comments:

Post a Comment