Tuesday 21 November 2023

IKAN KELI ARC BERKAT AGRO FOOD DIJAMIN HALAL

 
Menyediakan makanan halal satu perkara penting untuk umat Islam. Satu cara menjamin sumber halal ialah penyediaan makanan itu disediakan sendiri oleh orang Islam.
 
Menyedari perkara itu, ACR Berkat Agro Food Sdn Bhd ditubuhkan oleh pengusaha Melayu Islam bertempat di Lot 1761, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh, Selangor, Malaysia.
 
Syarikat tersebut menjalankan perniagaan mengeluarkan benih ikan air tawar untuk dipasarkan kepada penternak. Selain itu, aktiviti teras syarikat ialah menternak ikan keli dan ikan tilapia untuk dipasarkan secara hidup mahupun telah disiang bersih dan dipekkan secara kedap udara.
 
Aktiviti penternakan ikan dilakukan di dalam 390 kolam tanah di tapak berkeluasan 150 ekar. Makanan ikan menggunakan sumber halal dan menepati syariat.
 
Ikan yang ditangkap akan dijual hidup dan telah siap disiang mengikut permintaan pembeli. Ikan yang telah disiang disuci besih dan sedia untuk dimasak mengikut menu pilihan. Isi ikan kental, sedap dan segar serta tidak berbau hanyir.


No comments:

Post a Comment