Friday 10 November 2023

KALAU BERNIAGA JANGAN BERGADUH

 
Orang bisnes tidak boleh bergaduh. Tidak boleh mengata sesiapa. Tidak boleh sabotaj perniagaan atau produk orang lain. Perbuatan itu nanti akan menyebab duit lari. Kesan akan kita tanggung lambat laun.
 
Maka, berniagalah dengan baik-baik. Berkongsi untung dan peluang untuk maju dalam perniagaan. Saling membantu dan menyokong antara satu sama lain. Wujudkan persekitaran perniagaan yang harmoni dan baik.
 
Jika kita kurang pelanggan berbanding pesaing, jangan lakukan perbuatan menyalahi etika perniagaan. Sebaliknya buatlah kajian mengapa perkara itu berlaku. Muhasabah diri sendiri. Paling penting lihat kelemahan sendiri. Berdasarkan keadaan itu, baikilah diri dan urus perniagaan dengan lebih memenuhi kehendak pelanggan.
 
Jangan bergaduh dan berebut pelanggan dengan cara tidak sepatutnya. Kalau kita buat baik dan bersyukur, Allah akan tambahkan rezeki kita. JIka tidak dapat hari ini, mungkin pada masa lain. Yakinlah dengan janji-janji Allah mengenai rezeki. Allah tidak akan mempersia-siakan usaha hamba-Nya.
 

No comments:

Post a Comment