Kejadian
kemalangan melibatkan kenderaan dengan binatang ternakan, terutamanya lembu kerap
berlaku, terutama pada waktu malam. Lembu biasanya akan berada di tepi jalan raya
pada waktu malam kerana suasana lebih panas.
Dalam
keadaan gelap, memang sukar untuk pemandu melihat lembu, terutama yang melintas
secara tiba-tiba.
Akibat
kemalangan, bukan sahaja haiwan ternakan itu mati, tetapi yang menyedihkan apabila
pemandu dan penumpang kenderaan juga ada yang meninggal dunia.
Penternak
lembu perlu mengambil perhatian terhadap perkara ini. Jangan kerana ingin mudah
menternak lembu dengan cara melepas bebas, pihak lain pula menanggung kerugian dan
kecelakaan.
Islam
menegah perbuatan tersebut. Sumber hasil menternak lembu secara itu dikira tidak
bersih.
Melepas
bebas binatang ternakan bukan sahaja membahayakan keselamatan pemandu dan penumpang
kenderaan, tetapi juga merosakan tanaman penduduk kampung serta mencemarkan kawasan
dengan najis yang dibuang merata-rata.
No comments:
Post a Comment