Islam agama yang meraikan kepelbagaian fitrah
manusia. Islam menolak sesuatu yang jauh daripada fitrah, juga sesuatu yang
bersifat mengongkong penganutnya.
Dalam konteks individu, sebagai contoh Islam
menolak rahbaniah bahkan menganjurkan pelaksanaan ibadat dalam bentuk wasatiah,
iaitu seperti menggalakkan seseorang berbuka apabila berpuasa, berkahwin dan
tidak meninggalkan tidur dalam beribadat.
Justeru itu, fitrah manusia yang lainnya
seperti suka kepada kecantikan diraikan oleh Islam. Malah Islam menggalakkan umatnya
dalam keadaan cantik rohani dan jasmani.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak akan
masuk syurga sesiapa yang ada sifat sombong walaupun sebesar zarah. Maka telah
berkata seorang lelaki kepada baginda SAW: Sesungguhnya Allah itu cantik dan
suka akan kecantikan.” (Riwayat Imam Muslim).
Kecantikan dan keindahan yang dikecapi oleh
pancaindera sama ada melalui penglihatan mahupun pendengaran dan selainnya. Perkara
itu diharuskan oleh Islam selagimana sejajar dengan garis panduan yang
ditetapkan oleh agama.
Menikmati keindahan, kecantikan dan hiburan
yang dibolehkan sebenarnya mampu merehatkan jiwa, menenangkan hati, menyedapkan
pendengaran.
No comments:
Post a Comment