Banyak
berlegar dalam media maya tentang sebuah hadis bermaksud: “Di hari Arafah
segala amalan diangkat kepada Allah kecuali amalan orang-orang yang bermusuh”.
Sebenarnya,
hadis ini tiada asalnya kerana tidak dijumpai dalam mana-mana kitab hadis yang
muktabar. Haram untuk menyebarkannya kecuali dijelaskan bersama statusnya iaitu
tiada asal.
Adalah
menjadi satu tanggungjawab bagi seorang mukmin untuk meneliti dan menyemak
terlebih dahulu kesahihan sesuatu maklumat yang diterima.
Namun,
di sana terdapat hadis lain berkenaan kelebihan hari Arafah yang sahih dan
sabit daripada Nabi SAW.
Antaranya,
hadis yang menyebutkan tentang hari Arafah adalah hari di mana agama ini telah
sempurna.
Umar
bin al-Khattab meriwayatkan bahawa seorang lelaki daripada kalangan Yahudi
bertanya kepadanya: “Wahai Amīr al-Mu’minīn, Ada satu ayat di dalam kitab kamu
(al-Quran) yang kamu membacanya. Jika ia diturunkan ke atas kami sekalian
bangsa Yahudi maka kami akan mengambil hari tersebut sebagai perayaan.
ʻUmar
bertanya: Apakah ayat itu? Dia berkata: “Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama
kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah meredai Islam
itu menjadi ugama untuk kamu”.
ʻUmar
berkata: Kami telah ketahui hari tersebut dan tempat turun ayat tersebut ke
atas Nabi SAW ketika Baginda SAW berdiri di Arafah pada hari Jumaat”. (Riwayat
al-Bukhari (45) dan Muslim (3017)
Selain
itu, hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi SAW bersabda
bermaksud: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah”. (Hadis riwayat
al-Tirmizi (3585)
No comments:
Post a Comment