Kamus
Dewan Edisi Keempat mendefinisi teritip sebagai sejenis siput laut yang kecil
(suka melekat pada perut perahu, tiang-tiang terendam di dalam air).
Namun,
istilah umum yang digunakan dalam masyarakat, teritip merujuk kepada hdup laut
yang bercengkeram melekat pada perut perahu, tiang-tiang terendam dalam air, batu
dan sebagainya yang tidak menyebut tentang ukurannya.
Sebab
itu, ada yang menyebut terintip sebagai kerang. Ada juga mengatakan tiram.
Sebenarnya,
teritip banyak jenis. Dipercayai terdapat kira-kira 1,220 spesies yang
diketahui. Jadi, kalau macam-macam nama bagi teritip memang patutlah.
Kawasan
berbeza akan memanggilnya teritip, sedangkan di tempat lain pula memanggilnya
dengan nama lain.
Teritip
mampu bertahan sekiranya terdedah kepada udara semasa air surut. Ketika itu, teritip akan menutup cangkerangnya untuk mengekalkan kelembapan badannya.
Isi
teritip enak dimakan mentah. Rasanya masim masam dengan aroma kebanyakan jenis
haiwan laut.
Untuk
mendapatkan isi teritip perlu dicungkil menggunakan pisau atau benda tajam. Ada
teknik tertentu digunakan untuk mengeluarkan isi teritip.
Ada
jenis teritip yang perlu diketuk cengkerang terlebih dahulu sebelum boleh
dicungkil isinya. Ada pula kena dipukul atau diketuk sehingga cengkerangnya
pecah untuk mendapatkan isinya.
Teritip
adalah hidupan laut yang popular terutama dalam kalangan masyarakat Cina kerana
kandungan mineralnya yang penting.
Isi
teritip mengandungi kalsium, zink dan vitamin yang tinggi, selain kandungan
kalorinya yang sangat rendah menjadikannya diet yang sesuai untuk dimakan atau
diproses untuk dijadikan bahan tertentu seperti sos dan kosmetik.
Selain
itu, kandungan zink yang tinggi di dalam tiram juga turut dikaitkan dengan
testosterone terutama bagi kaum lelaki yang turut dihubung kait dengan faktor
kesuburan, sekali gus menjadikan tiram turut menjadi makanan pilihan untuk menguatkan tenaga lelaki.
No comments:
Post a Comment