Friday, 3 June 2022

PCAK sentiasa fikir nasib asnaf

 
Pengerusi dan ahli Pertubuhan Cakna Asnaf kelantan (PCAK) sentiasa fikirkan apakah yang boleh dilakukan untuk membantu asnaf. Bantuan disalurkan tidak semestinya besar, tetapi ada. Tidak banyak, tetapi bermanfaat.

Sebab itu, dengan beberapa sikat pisang pun difikirkan untuk diserahkan kepada asnaf untuk dimanfaatkan. Mungkin, bagi orang berharta, kalau sekadar beberapa sikat pisang apalah sangat dapat membantu.

Namun, bagi asnaf, sesikat pisang amat bermakna. Selain dimakan mentah, dibuat pengat, digoreng, dijadikan cekodok, disira dan sebagainya boleh dimanfaatkan oleh asnaf.

Sebab itu, PCAK akan membantu asnaf dalam apa bentuk sekalipun.  

PCAK merupakan NGO kebajikan yang berusaha membantu golongan asnaf. PCAK memerlukan lebih banyak sumbangan daripada orang ramai agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliyaton Daud di talian 011-1941-3639.

Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

No comments:

Post a Comment