Nikah
mutaah ciri khusus perkahwinan fahaman Syiah dianggap daya penarik kepada
lelaki terpengaruh kepada ajaran itu. Nikah mutaah bererti lelaki menikahi
wanita dengan perjanjian tempoh waktu tertentu mengikut persetujuan
bersama.
Apabila
tempoh itu tiba, berlaku perceraian secara automatik tanpa pihak isteri mahupun
anak-anak mendapat apa-apa nafkah mahu pun harta warisan. Dalam erti kata
mudah, nikah mutaah adalah nikah kontrak bertempoh.
Cara
nikah mutaah amat mudah. Tidak perlu ada tok imam ataupun tok kadi untuk akad
nikah. Tidak perlu ada wali dan saksi. Lelaki tersebut hanya perlu bersalam
dengan perempuan tersebut dan melafazkan akad nikah dengan sendiri secara
berduaan dengan wanita tersebut di mana-mana sahaja dengan bayaran mas kahwin
yang sangat murah.
Tanpa mengambil peduli sama ada wanita tersebut sudah bersuami atau tidak.
Dengan kata lain, wanita boleh mempunyai lebih dari satu orang pada satu-satu
masa apabila dinikahi secara mutaah oleh lelaki lain.
Mereka
mengikat tali perkahwinan untuk jangka masa tertentu sama ada setahun, sebulan,
seminggu atau sehari mengikut persetujuan bersama. Apabila genap tempoh yang
dijanjikan tersebut, tali pernikahan mereka terputus secara automatik tanpa
perlu melafazkan cerai.
Jika isteri hamil atau mendapat anak, semua itu adalah tanggungjawab isteri
sebaik sahaja kontrak perkahwinan mereka tamat. Si isteri juga tidak akan
mendapat sebarang nafkah dan harta warisan setelah bercerai.
Setelah
tamat tempoh, jika dia mahu berkahwin semula dengan perempuan yang sama, tidak
haram baginya menikahi perempuan tersebut berulang kali sebanyak mana yang dia
mahu. Juga tiada had maksimum untuk beristeri lebih daripada empat orang dalam
satu masa. Dengan nikah mutaah, lelaki boleh berpoligami sebanyak mana
diingini.
Hukum
nikah mutaah ada peringkatnya. Pada zaman awal Islam, Rasulullah SAW
membenarkah nikah mutaah kerana ia merupakan satu kebiasaan masyarakat zaman
Jahilliyah ketika itu.
Kemudian nikah mutaah diharamkan secara berperingkat yakni terhad ketika
berperang dan berdagang. Sehinggalah pada penghujung hayat Rasulullah SAW,
baginda mengharamkan nikah mutaah secara mutlak sehingga hari kiamat.
Justeru,
hukum muktamad nikah mutaah adalah haram atau tidak sah dan inilah yang menjadi
pegangan para sahabat dan tokoh ilmuan Islam dari semua mazhab baik Syafie, Hambali,
Maliki dan Hanafi.
Dalil
pengharaman amat jelas. Dari Sabrah bin Ma'bad Al-Juhaini, dia berkata:
"Kami bersama Rasulullah SAW dalam suatu perjalanan haji. Pada suatu saat
kami berjalan bersama saudara sepupu kami dan bertemu dengan seorang wanita.
Jiwa muda kami mengagumi wanita itu. Akhirnya aku menikahinya dan tidur
bersamanya satu malam.
Keesokan harinya aku pergi ke Masjidil Haram, dan tiba-tiba aku melihat
Rasulullah SAW sedang berpidato di antara pintu Kaabah dan Hijr Ismail.
Baginda bersabda, "Wahai sekalian manusia, aku pernah mengizinkan kepada
kalian untuk melakukan nikah mutaah. Maka sekarang siapa yang memiliki isteri
dengan cara nikah mutaah, haruslah ia menceraikannya, dan segala sesuatu yang
telah kalian berikan kepadanya, janganlah kalian ambil lagi. Kerana Allah SWT
telah mengharamkan nikah mutaah sampai hari kiamat"
No comments:
Post a Comment