Berhati-hati
ketika menceritakan kesusahanmu, kerana ia akan membuat banyak orang menjauh.
Mengadulah kepada Allah. Dia tidak pernah meninggalkanmu, walau semiskin mana
dan sehina mana pun dirimu.
Berhati-hati
juga ketika mempamerkan kebahagiaan dan hartamu. Kerana banyak yang akan iri
hati dan menanti saat kamu jatuh kembali.
Ucapkanlah
syukur kepada Tuhan setiap hari. Itu adalah yang sangat baik. Lidahmu, jangan
kau gunakan untuk menceritakan hal yang tidak baik. Sebaliknya, berdiamlah jika
tidak ada perkara yang baik untuk diceritakan.
Tanganmu
gunakanlah untuk menulis yang baik. Seolah ia adalah tulisan terakhir sebelum
matimu. Media sosial kamu, memang milikmu. Seolah kamu boleh menggunakan ia
untuk apa sahaja. Tetapi gunakanlah dengan rasa tanggungjawab dan untuk
kebaikan serta memberikan manfaat.
Berusaha
setiap hari untuk menjadi diri kita yang lebih baik dari semalam. Bukan untuk
bertanding dengan orang, tetapi untuk menjadi diri sendiri yang sentiasa
memperbaiki kesalahan.
Rebut
keredaan Allah dengan melakukan perkara yang disuruh dan menjauhi perbuatan
dilarang. Dalam pada itu, kita perlu faham tentang mencari reda Allah. Tidak
memadai dengan melakukan ibadat semata-mata kerana banyak lagi perkara yang
perlu dilakukan untuk mencari reda Allah.
Apabila
kamu sibuk dengan ibadah yang lazim dan berbangga dengannya, maka itu tandanya
kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukannya Allah.
Tetapi,
apabila kamu berbuat baik dan berkorban untuk orang lain, maka itu tandanya kau
mencintai Allah dan tentu Allah reda kerananya.
Buatlah
perkara yang Allah reda maka Allah akan limpahkan rahmat-Nya dgn membuatkan
hidupmu lapang dan bahagia.
No comments:
Post a Comment