Kreatif bermaksud mempunyai kebolehan mencipta,
menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Orang yang kreatif
mampu menggunakan apa sahaja di sekelilingnya untuk dimanfaatkan.
Hasil kreatif menyebabkan seseorang menjadi
popular atau mampu meraih pendapatan lumayan. Hasil kreativiti mereka
dimanfaatkan oleh orang lain.
Namun, melakukan atau menghasilkan
kreativiti mesti ada batasan. Perbuatan 'gila' dan tidak menghasilkan sesuatu
yang baik, sebenarnya tidak termasuk dalam hasil kreatif.
Mungkin, apa yang dilakukan itu dapat
menarik perhatian orang ramai, tetapi bukan dalam sudut positif. Sebaliknya,
mereka bakal dikecam dan dipandang negatif.
Buatlah sesuatu usaha yang bersifat kreatif
dan menghasilkan sesuatu yang mampu dimanfaatkan oleh diri sendiri dan
masyarakat.
Sekarang banyak individu terlibat
menyediakan bahan kandungan untuk media sosial masing-masing. Akibat terlalu
ingin mengejar pengikut, tanda suka, komen dan kongsi, banyak individu
melakukan kreatif keterlaluan sehingga mendatangkan mudarat kepada pihak lain.
No comments:
Post a Comment