Aktiviti “plogging’ semakin mendapat tempat
di kalangan masyarakat Malaysia. Aktiviti plogging adalah mengutip sampah
sambil berlari, berjalan atau kembara.
Perkataan “plogging” berasal dari negara
Sweden atau perkataan Swedish “plocka upp” yang bermaksud “mengutip”. Apabila
diantarabangsakan ia menjadi “plogging” yang lebih menampakkan keinggerisan.
Kalau hendak nampak kemelayuan, boleh sahaja menggunakan “pengutipan” atau “pemunggutan”.
Masyarakat kita memang suka menggunakan
istilah asing. Kalau ditulis “kembara berjalan kaki” tentu banyak orang tidak
memahaminya. Tetapi jika ditulis atau disebut “hiking”, tentu sahaja banyak
orang mengetahui mengenai aktiviti tersebut.
Apapun, tidak kisahlah “plogging” atau “pengutipan”,
aktiviti tersebut memang memberi manfaat besar. Elok sangat diperbanyakkan aktiviti
tersebut. Riadah sambil melakukan perbuatan yang boleh memberi manfaat, iaitu
memunggut sampah atau membersihkan laluan semasa berlari, berjalan kembara
berjalan kaki.
Tahniah kepada penganjur Program Plogging @
Community Peringkat Daerah Pasir Puteh bertempat di Bukit Jawa, Selising, Pasir
Puteh. Peserta dari Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Pondok Belida serta
komuniti setempat.
Bukit Jawa dikaitkan dengan lagenda Puteri
Saadong, selain Bukit Marak yang telah lama terkenal mempunyak kaitan dengan keturunan
Raja Sakti, raja awal pemerintah Kelantan di Kota Jembal.
Bukit Jawa sesuai dijadikan lokasi kembara
berjalan kaki santai yang tahap kesukarannya sederhana dan mampu disertai seisi
keluarga, termasuk kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment