Friday, 19 January 2024

KULAT HAMPAS TEBU SELAMAT DIMAKAN

 
Kulat ini tumbuh di kawasan atau tempat buangan hampas tebu atau batang tebu yang dimesin mendapatkan air tebu. Tidak diketahui nama sebenar kulat atau cendawan ini. Jadi kita panggil sahaja kulat hampas tebu.
 
Kulat ini jenis selamat dimakan. Tidak ada racun atau kesan sampingan jika memakannya. Berdasarkan catatan atau komen di media sosial, kulat hampas tebu sedap digoreng bersama telur. Kalau disayur pun sedap juga.
 
Kulat ini biasanya tumbuh selepas hujan pada hari panas. Kalau musim hujan yang berterusan, ia tidak akan tumbuh. Kulat ini tumbah dan kembang hanya dalam tempoh beberapa hari sahaja. Jika tidak segera dipetik atau dipungut, ia akan menjadi layu atau “malo” dan tidak sesuai lagi untuk dijadikan makanan.

No comments:

Post a Comment