Thursday, 4 June 2026

ANAK HENDAK DUDUK TEPI TINGKAP

 
Anak hendak duduk tepi tingkap. Hendak tengok pemandangan dalam penerbangan. Lalu ibunya selamba minta seorang penumpang lelaki tukar tempat duduk demi anaknya.

Lelaki tu dengan tenang menolak permintaan tersebut sebab dia sudah pilih dan bayar slot itu awal-awal lagi. Baginya, tidak ada istilah kena beralah secara percuma walaupun yang meminta itu budak kecil.

Ayat padu lelaki tersebut yang buat banyak orang terkesima apabila dia pesan, kalau nak anak merasa duduk tepi tingkap, belilah sendiri.

Dia sempat selit nasihat mendalam bahawa dunia tidak selalunya akan tunaikan semua kemahuan kita.

Si ibu yang berasa tidak puas hati bertindak merakam wajah lelaki berkenaan lalu menularkannya di akaun media sosial. Niat asal mungkin hendak raih simpati, namun sebaliknya pula yang berlaku apabila netizen bangkit mempertahankan tindakan lelaki itu.

Rata-rata warga maya bersetuju adab dan hak individu yang sudah mengeluarkan wang sendiri wajib dihormati tanpa kompromi. Isu ini jelas memberi pengajaran besar agar kita tidak sesuka hati memaksa orang lain menyerahkan hak mereka.

Duduk di tepi tingkap bukan satu keperluan, tetapi kehendak. Kalau hendak sesuatu, berusahlah untuk mendapatkan secara yang telah ditetapkan.

Lainlah jika itu satu keperluan yang jika tidak dapat akan menyebabkan bahaya atau kesan buruk.  

No comments:

Post a Comment