Pasukan Polis Marin (PPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal
memperolehan dua buah kapal induk (mother ship) pelbagai guna. Kapal-kapal ini
sedang dalam proses pembinaan dan perolehan itu nanti akan memperkasa kawalan
serta operasi di perairan negara.
Gambar dipaparkan sekadar ilustrasi kapal induk PPM yang sekarang
masih dalam pembinaandi limbungan kapal Labuan Shipyard Sdn Bhd.
Kapal induk berfungsi sebagai hab logistik utama untuk
mengangkut muatan dalam skala besar merentasi lautan, serta bertindak sebagai
pangkalan bergerak, pusat logistik atau pusat arahan bergerak bagi operasi
rondaan jangka panjang.
Aset ini amat kritikal dalam membanteras jenayah rentas
sempadan kerana ia membolehkan anggota PPM beroperasi lebih lama dan lebih jauh
di perairan dalam tanpa perlu berulang-alik ke pangkalan.
Badan kapal diperbuat daripada aluminium dan tangki bahan api cukup besar untuk
kemampuan bertahan lama di tengah laut. Ia menyediakan kemudahan yang cukup
selesa untuk anak kapal.
Kredit pemilik gambar ilustrasi

No comments:
Post a Comment