Pelajar SK Nik Daud, Tanah Merah harimkan nama Malaysia. Tahniah kepada Che Muhammad Mishal Riffat bin Che Mohd Nizam
dan Muhammad Faheem Mikhail bin Zainuddin yang mengharumkan nama Malaysia
apabila mencapai pingat gangsa tempat ketiga dalam Pilot-X Aerospace
Competition & Exploration Programme, Hong Kong 2026.
Kedua-duanya adalah pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Nik
Daud, Tanah Merah, Kelantan.
Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat
membanggakan, membuktikan bahawa kurikulum Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) yang
dipelajari di bilik darjah mampu diterjemahkan menjadi impak bertaraf global.
Siapa sangka, bermula daripada asas aplikasi praktikal RBT
dan penilaian PBD di sekolah, mereka mampu melangkah gagah menjadi juara di
pentas dunia.
Kejayaan ini adalah hasil komitmen guru RBT yang berjiwa
besar serta semangat juang tinggi para peserta telah berjaya mengharumkan nama
Malaysia di peringkat antarabangsa.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pemangkin
semangat kepada lebih ramai murid serta guru untuk terus meneroka potensi dalam
bidang STEM, TVET, robotik, kecerdasan buatan (AI) dan teknologi aeroangkasa.
Peserta diiringi guru RBT, Muhamad Amirul Asyraf bin Mah
Hassan dan Pegawai Teknikal, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Mohd Kamil bin
Ahmad Tajuddin.

No comments:
Post a Comment