Saturday, 12 September 2026

MAKSUD PERKATAAN SLAY

 
Maksud perkataan slay. Perkataan "slay" bermaksud melakukan sesuatu dengan sangat hebat, berjaya, atau kelihatan bergaya.

Perkataan slay tidak termasuk dalam daftar perkataan Melayu. Ia digunakan sebagai bahasa slang atau pasar di kalangan kelompok tertentu sahaja.

Perkataan ini banyak digunakan di kalangan generasi muda untuk memuji seseorang kerana kejayaan, penampilan, atau tindakan mereka yang memukau.

Perkataan slay boleh diertikan sama dengan perkataan "kemah" dalam dialek Kelantan. Satu keadaan yang hebat dan menarik.

Dalam perkataan asal perkataan slay (Inggeris) bermaksud membunuh atau melenyapkan sesuatu. Perkataan ini jarang digunakan dalam perbualan harian moden kecuali dalam konteks sastera atau fantasi.

No comments:

Post a Comment