Sejarah penubuhan UMNO Cawangan Pasir Kota. Cawangan ini
dirasmikan penubuhannya pada 30 Jan 1980.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua UMNO
Bahagian Kota Bharu, Tengku Ahmad Rithauddeen bin Ismail, yang juga Menteri
Luar Negeri.
Ketua cawangan penaja dan ketua cawangan pertama ialah Wan
Husin bin Wan Yusoff. Beliau kekal menggalas jawatan ketua cawangan sehingga
sekarang (2026).
Cawangan ini berada di bawah pentadbiran UMNO Bahagian Kota
Bharu, Kelantan.
UMNO Cawangan Pasir Kota berada dalam kawasan Parlimen Kota
Bharu dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payong.
Sehingga kini, cawangan ini mempunyai struktur sayap parti
yang aktif, iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri yang aktif.
Berpusat di sekitar kawasan Kampung Pasir Kota / Mukim Kota
di Kota Bharu,
Cawangan ini dikategorikan sebagai aktif dengan aktiviti
setempat dan membantu jentera parti peringkat pusat daerah mengundi (PDM), DUN
dan parlimen.

No comments:
Post a Comment