Batuan berusia jutaan tahun di Togudon. Di Togudon Geo
Tourism (TGT) terdapat batuan purba unik yang berusia jutaan tahun, termasuk kawasan
batu canyon dan struktur batuan unik yang mirip dengan puncak Gunung Kinabalu.
Di kawasan tersebut juga terdapat sejarah perlombongan batu besi/mangan yang diasaskan sejak tahun 1905.
TGT adalah destinasi pelancongan rekreasi alam semula jadi
dan geopark yang terletak di Kampung Togudon, Jalan Samparita, Tandek, Kota
Marudu, Sabah.
Batuan purba (ofiolit) berusia lebih 130 juta tahun, antara
singkapan batuan dasar laut purba yang paling lengkap di Malaysia.
Pengunjung boleh melihat batuan seperti peridotit, gabro,
serpentinit, basalt dan rijang, yang dahulunya merupakan sebahagian daripada
dasar Laut China Selatan purba.
Dengan kata lain, keunikan Togudon bukan sekadar sungai
rekreasi dan keindahan alam semula jadi, tetapi juga tapak warisan geologi
bertaraf antarabangsa.
Ahli geologi menganggap kawasan ini sangat bernilai kerana
lapisan batuannya menceritakan sejarah pembentukan kerak lautan purba yang
berlaku lebih 130 juta tahun dahulu.


No comments:
Post a Comment