Kolonel Ahmad Shaharbi bin Shaari (Bersara). Selain dikenang
jasa sebagai pegawai kanan tentera, belian juga dikenali dengan semangat
kemanusiaan.
Selepas menamatkan perkhidmatan dalam tentera, beliau
menyertai Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM) sebagai sukarelawan.
Di atas komitmen dan kepimpinan yang dimiliki, beliau
dilantik Setiausaha Agung PBSM bermula Julai 1996.
Beliau adalah setiausaha agong yang kedua, mengambil alih
jawatan daripada Datin Paduka Ruby Lee.
Dengan pengalaman, kepimpinan dan disiplin yang diamalkan
dalam tentera, beliau mampu meneruskan legasi kekecemerlangan disumbangkan Ruby
Lee di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Sumbangan dan khidmat bakti beliau dalam memimpin pelbagai
misi bantuan serta memperkukuh struktur Bulan Sabit Merah Malaysia satu perkara
yang amat membanggakan.
Jawatan sebagai setiausaha disandang sehingga tahun 1999.
Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengarah
Pendidikan Perkhidmatan Sosial dan Masyarakat di dalam persatuan tersebut.
Beliau meninggal dunia pada 20 Oktober 2026.
%20Ahmad%20Shaharbi%20bin%20Shaari%20-%20d3.jpg)
No comments:
Post a Comment