Wednesday, 21 October 2026

PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

 
Perpaduan kaum di Malaysia menjadi asas dan tonggak kemerdekaan. 

Perbezaan budaya, warna kulit, agama dan adat resam diraikan dengan sikap toleransi dan saling menghormati. Inilah keunikan kaum-kaum di Malaysia yang boleh kita banggakan sehingga hari ini. 

Perpaduan kaum yang berterusan sehingga hari ini amat jelas telah terbina antara pelbagai bangsa di Malaysia sejak sekian lama.

Semangat dapat menyesuaikan diri dengan sikap hormat-menghormati, bertolak ansur dan bekerja sama yang telah diwarisi oleh setiap budaya dan agama telah menjadi asas dan kekuatan kepada perpaduan ini. 

Perpaduan perlu terus menjadi matlamat pembangunan negara supaya Malaysia dapat mengekalkan keamanan serta mempunyai bangsa yang maju dan berjaya. Ia dapat direalisasikan melalui usaha rakyat terus memelihara perpaduan antara kaum. 

Perpaduan kaum berlaku apabila rakyat pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup aman damai sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. 

Tanpa perpaduan, amat sukar untuk memelihara keamanan. Lihat sahaja bagaimana sebuah bangsa atau negara yang tandus perpaduan dijajah dan diperlakukan dengan kejamnya oleh bangsa asing, malah hidup melarat dan merempat di tempat sendiri. 

Seharusnya kita menjadikan fenomena ini sebagai suatu pengajaran supaya rakyat negara kita tidak terjebak dalam usaha-usaha untuk menggugat keamanan. 

Sewajarnya, warga Malaysia akan terus mempertahankan semangat perpaduan dan nilai-nilai murni yang tinggi dalam kehidupan masyarakat yang tidak memandang rupa, warna kulit atau perbezaan budaya. 

Semangat perpaduan ini dipupuk semenjak kecil lagi supaya mereka lebih memahami dan menghargai makna sebuah kasih sayang dan kehidupan yang aman damai. Dan ia perlu ada di dalam jiwa setiap warga Malaysia tanpa mengira rupa, warna kulit atau perbezaan budaya.

Gambar sekadar hiasan. 

No comments:

Post a Comment