Tengku Zaid bin Tengku Ahmad. Beliau adalah ahli Parlimen
Pasir Mas Hulu dari tahuh 1967 sehingga 1974 mewakili PAS.
Zaid adalah kerabat diraja Kelantan.
Beliau memenangi Pilihan raya kecil (PRK) Pasir Mas Hulu pada
1967 yang diadakan pada 19 Ogos 1967.
Zaid memenangi kerusi Parlimen tersebut dengan majoriti 2,802
undi, menewaskan calon Perikatan (UMNO), Hussein Ahmad.
PRK ini diadakan berikutan kekosongan kerusi Parlimen P.021
Pasir Mas Hulu selepas penyandangnya, Abdul Samad Gul bin Ahmad Mianji dari PAS
telah meninggal dunia akibat dibunuh (ditetak dengan kapak kecil) pada 3 Julai
1967.
Pada 1974 hingga 1978, beliau menjadi Ahli Parlimen Pasir
Mas mewakili PAS yang menjadi parti komponen Barisan Nasional (BN).
Gambar sekadar hiasan.

No comments:
Post a Comment