Wednesday, 7 December 2022

PENYELESAIAN JANGKA PENDEK AIR KELANTAN

 
Kerajaan Kelantan membina empat loji rawatan air (LRA) sebagai usha mengatasi masalah bekalan air bersih di Kelantan.
 
Terdapat empat LRA yang telah siap dan mula beroperasi iaitu;
a) LRA Kampung Teluk - Kapasiti 30 Juta Liter Sehari
b) LRA Mini Telok Mesira - Kapasiti 2 Juta Liter Sehari
c) LRA Mini Ketereh - Kapasiti 8 Juta Liter Sehari
d) LRA Mini Jelawat - Kapasiti 4 Juta Liter Sehari
 
Apabila semua LRA baharu beroperasi dengan kapasiti penuh, maka kadar liputan bekalan Air Kelantan boleh ditingkatkan daripada 73.1% kepada 80%.
 
Bagi mengurangkan Kadar Air Tidak Terhasil (NRW) yang telah mencecah 52.6%, maka kerja-kerja pemasangan meter System Input Volume, penggantian meter pengguna, pembaikan tangki dan penyediaan Geographic Information System dilakukan dengan kos berjumlah RM69.95 juta.

No comments:

Post a Comment