Seorang sahabat di FB memuat naik gambar
ini dengan kapsyen:
18 DEC 2014 YANG LALU
PERMULAAN BAH KUNING
ITU SEJARAH
Kapsyen itu jelas dan memberi maklumat yang
dianggap ‘memadai’ untuk gambar tersebut. Pun begitu, mungkin akan ada yang
masih ingin penjelasan lanjut. Yalah, sudah menjadi sikap warga maya berminat
untuk mengetahui mengenai sesuatu, terutama yang dianggap hangat pada masa
tersebut.
Namun, kalau ditanya ‘sekarang ke ni’,
rasanya agak ‘keterlaluan’ dan tidak wajar untuk dijawab. Inilah bahana kalau
hanya melihat pada gambar dan tidak mahu membaca kapsyen yang telah diberikan. Tetapi, mungkin juga soalan itu sekadar tanda prihatin kepada kiriman sahabat.
Inilah sikap warga maya yang hanya
berminat untuk melihat gambar dan dalam kes lain pula hanya membaca tajuk.
Itulah sebab mengapa banyak maklumat yang disebarkan di media sosial tidak
difahami dalam konteks sebenar.
Semoga kita lebih peka kepada setiap apa
yang dilihat, dibaca, didengar dan dirasa.
18 DEC 2014 YANG LALU
PERMULAAN BAH KUNING
ITU SEJARAH
Gambar - Kredit sahabat FB
No comments:
Post a Comment