Pokok bertam
atau nama saintifiknya Eugeissona tristis Griff tumbuhan asal di Malaysia dan
Thailand. Ia banyak tumbuh di kawasan hutan dan bukit.
Sekilas pandang pokok bertam seakan pokok
salak, namun jambak bunga dan buahnya ternyata berbeza. Buah bertam hanya
keluar dari bahagian tengah rumpun bertam.
Buahnya boleh dimakan ketika muda. Isi
yang muda, lembut seakan kelapa muda. Apabila buah sudah tua, isinya
akan menjadi keras.
Selain itu, buah bertam juga boleh
dijadikan perhiasan. Caranya, tandan buah bertam dibiarkan kering dan disapukan
pengilat untuk kelihatan cantik dan tahan lama.
Di pangkal pelepah pokok bertam sememangnya
penuh dengan duri. Pelepah bertam sesuai dijadikan galah. Ini kerana saiznya
yang panjang, kuat serta ringan. Selain dijadikan galah, ia juga digunakan untuk
memancing.
Pelepah bertam penuh dengan duri, jadi pastikan buang segala duri-duri terlebih dahulu.
Ketika membuang duri perlu dilakukan dengan teliti agar tidak terkopek bahagian kulit pelepah, kerana ini akan mengurangkan ketahanan pelepah tersebut.
Kampung Bukit Bertam juga ada di Kedah. Di
Melaka ada dua kampung yang menggunakan nama bertam iaitu Kampung Bertam Ulu dan
Kampung Bertam Malim. Di Kepala Batas, Pulau Pinang juga terdapat tempat yang dinamakan Bertam.
Seorang penduduk Mukim Padang Bongor
menggunakan nama ‘Bertam’ di profile WhatsApp kerana dia pernah bertugas di
Kampung Bertam, Gua Musang.
Perlu diingatkan pokok bertam adalah tidak
sama dengan bertam sulur. Bertam adalah dalam kumpulan pokok palma, sedangkan
bertam sulur pula daripada kumpulan orkid.
No comments:
Post a Comment