Peniagaan
bundle seperti kasut, bag, permainan kanak-kanak dan baju telah lama bertapak
di negara kita. Perkataam bundle adalah datang dari bahasa inggeris, sebab
kebiasaan barang terpakai ini datang dalam satu guni yang sudah diikat kemas
dalam guni atau tongkol.
Barang
bundle adalah yang sudah digunakan oleh pemakai atau pengguna pertama. Barang
bundle biasanya datang dari negara maju yang rakyatnya mempunyai kuasa beli
yang tinggi.
Tidak
hairan jika barang bundle adalah dari jenama terkenal dan masih dalam keadaan
baik dan tidak banyak beza dengan yang baharu.
Contohnya
banyak baju bundle masih dalam keadaan baik yang digunakan hanya dalam beberapa
bulan. Di negara maju yang mempunyai empat musim, golongan kaya akan membeli
pakaian baharu apabila tiba sesuatu musim. Pakain itu kemudian akan dibuang
apabila tiba musim lain.
Banyak
juga baju dibuang apabila sudah dianggap 'lapuk' kerana ada fesyen baharu
muncul di pasaran. Golongan yang mementingkan perubahan fesyen akan 'malu' jika
mengayakan fesyen yang dianggap telah ketinggalan zaman walaupun sebenarnya
fesyen itu dikeluarkan beberapa bulan sebelumnya.
Peniaga
bundle membeli tongkol atau guni bundle tanpa melihat kualiti dan kuantiti barang.
Apa yang diketahui hanya berat tongkol itu. Jadi, kira nasiblah apa yang ada
nanti apabila tongkol dibelah atau dibuka.
Namun,
peniaga bundle tidak pernah rugi. Keuntungan yang bakal diperoleh berlipat
ganda. Pertamanya kerana harga satu tongkol yang dibeli secara relatifnya
adalah murah. Keduanya, dalam bundle itu ada barang berjenama dan berkualiti.
Peniaga
bundle kena kenal barang berjenama dan sukar ditemui. Kalau bernasib baik, satu
barang berjenama sedang memberi pulang modal, sedangkan masih ada beratus-ratus
barang yang boleh dijual dengan harga yang tidak kurang mahalnya.
Ada
peniaga yang akan membuka tongkol terlebih dahulu tanpa kehadiran pembeli bagi
memberi peluang mereka memilih dan menggeredkan barang sebelum dijual.
Namun
ada juga penjual bundle yang membuka bundle di hadapan pelanggan. Malah, acara
pembuka tongkol itu akan dilakukan pada hari dan waktu tertentu untuk menarik
kehadiran pelanggan. Pelanggan akan memilih barang yang disukai dan menunjukkan
kepada penjual untuk ditetapkan harganya.
Ketika
buka atau pecah tongkol itu biasanya peniaga bundle telah pulang modal dan mendapat
untung. Barang yang masih tinggal itu dijual pada waktu lain memberi keuntungan
yang berganda.
Jadi,
siapa kata berniaga bundle tiada kelas?
No comments:
Post a Comment