Friday, 1 April 2016

KHASIAT KUNYIT UNTUK KESIHATAN


Khasiat dan manfaat kunyit tidak asing. Kunyit digunakan dalam menu masakan rakyat Malaysia sebagai perisa dan pewarna. Kebaikan kunyit juga digunakan sebagai ramuan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Kunyit juga boleh dijadikan jus untuk mendapat khasit secara langsung. Selain itu kunyit muda juga dimakan sebagai ulam. Kandungan vitamin dan mineral yang terdapat di dalam kunyit adalah sebahagian daripada diet yang sihat dan seimbang untuk keperluan manusia.

Kelebihan dan kebaikan kunyit:
- Agen antibakteria semula jadi, berguna dalam pembasmian luka dan kesan terbakar.
- Menghalang kanser payudara daripada merebak ke paru-paru.
- Mengurangkan risiko leukemia terhadap kanak-kanak.
- Boleh menghalang dan memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. 
- Boleh mencegah daripada berlaku dalam pelbagai bentuk kanser yang berbeza.
- Anti-radang yang bekerja tanpa kesan sampingan.
- Boleh membantu dalam metabolisme lemak dan membantu dalam pengurusan berat badan.
- Menghentikan pertumbuhan saluran darah baru di dalam tumor barah.
- Sangat pantas dalam penyembuhan luka.
- Membantu dalam pembentukan semula kulit yang rosak.
- Boleh membantu dalam rawatan psoriasis.
- Merawat keadaan kulit radang.

No comments:

Post a Comment