Wednesday 23 October 2019

ISLAM MERAIKAN FITRAH MANUSIA

Islam agama yang meraikan kepelbagaian fitrah manusia. Islam menolak sesuatu yang jauh daripada fitrah, juga sesuatu yang bersifat mengongkong penganutnya.

Dalam konteks individu, sebagai contoh Islam menolak rahbaniah bahkan menganjurkan pelaksanaan ibadat dalam bentuk wasatiah, iaitu seperti menggalakkan seseorang berbuka apabila berpuasa, berkahwin dan tidak meninggalkan tidur dalam beribadat.

Justeru itu, fitrah manusia yang lainnya seperti suka kepada kecantikan diraikan oleh Islam. Malah Islam menggalakkan umatnya dalam keadaan cantik rohani dan jasmani.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada sifat sombong walaupun sebesar zarah. Maka telah berkata seorang lelaki kepada baginda SAW: Sesungguhnya Allah itu cantik dan suka akan kecantikan.” (Riwayat Imam Muslim).

Kecantikan dan keindahan yang dikecapi oleh pancaindera sama ada melalui penglihatan mahupun pendengaran dan selainnya. Perkara itu diharuskan oleh Islam selagimana sejajar dengan garis panduan yang ditetapkan oleh agama.

Menikmati keindahan, kecantikan dan hiburan yang dibolehkan sebenarnya mampu merehatkan jiwa, menenangkan hati, menyedapkan pendengaran.

No comments:

Post a Comment