Sunday 27 October 2019

BAHAYA TERNAKAN DIBIARKAN BEBAS


Kejadian kemalangan melibatkan kenderaan dengan binatang ternakan, terutamanya lembu kerap berlaku, terutama pada waktu malam. Lembu biasanya akan berada di tepi jalan raya pada waktu malam kerana suasana lebih panas.

Dalam keadaan gelap, memang sukar untuk pemandu melihat lembu, terutama yang melintas secara tiba-tiba.

Akibat kemalangan, bukan sahaja haiwan ternakan itu mati, tetapi yang menyedihkan apabila pemandu dan penumpang kenderaan juga ada yang meninggal dunia.

Penternak lembu perlu mengambil perhatian terhadap perkara ini. Jangan kerana ingin mudah menternak lembu dengan cara melepas bebas, pihak lain pula menanggung kerugian dan kecelakaan.

Islam menegah perbuatan tersebut. Sumber hasil menternak lembu secara itu dikira tidak bersih.

Melepas bebas binatang ternakan bukan sahaja membahayakan keselamatan pemandu dan penumpang kenderaan, tetapi juga merosakan tanaman penduduk kampung serta mencemarkan kawasan dengan najis yang dibuang merata-rata.

No comments:

Post a Comment