Thursday 21 January 2021

JENIS ALAT PARUT

Parut dianggap peralatan penting di dapur, terutama mereka yang suka memasak. Kalau yang suka makan di kedai atau beli yang bungkus, memang tidak kenal parut agaknya.

Dahulu memang alat pemarut boleh dikatakan ada di setiap rumah. Ketika itu ia biasanya digunakan untuk memarut kelapa untuk mendapatkan santan. Selain menggunakan parut, kelapa juga diparut menggunakan kukuran.

Dalam kebanyakan keadaan, fungsi parut digantikan oleh mesin pengisar, pencincang dan sebagainya yang mudah digunakan. Sebab itu semakin banyak orang tidak kenal alat parut.

Parut dibuat daripada besi tahan karat dan kuat. Ia boleh digunakan dalam tempoh masa lama selagi mata tajam atau dapat digunakan.

Penggunaan parut amat mudah. Pegang bahan yang ingin diparut dan kemudian ditekan di atas mata parut dengan gerakan ke atas dan ke bawah. Gerakan ke atas dan ke bawah, ada juga hanya dari atas ke bawah, maka terhasillah parutan atau sesuatu yang sudah diparut.

Masalah timbul ketika memarut ialah apabila bahan yang diparut itu semakin kecil. Kenalah pegang betul-betul agar tidak terlepas dan tangan tidak terkena mata parut.

Ada dua jenis parut iaitu bentuk iaitu mata timbul berlubang dan mata timbul tanpa lubang.

Pemarut mata timbul berlubang biasanya untuk mendapat hasil parutan besar. Manakala parutan mata timbul tanpa lubang pula untuk hasil parutan halus.

No comments:

Post a Comment