Wednesday 8 December 2021

AURA POSITIF MAMPU MENARIK KUASA KEKUATAN

 
Aura seseorang itu memancar dan mempengaruhi setiap orang di sekelilingnya. Aura terbahagi kepada dua iaitu positif dan negatif.

Aura yang positif akan mempengaruhi persekitaran dan mampu menarik energi positif manakala aura negatif akan menarik energi negatif.

Tubuh badan kita sebenarnya telah direka oleh Allah dengan begitu teliti dan penuh kehebatan. Seorang manusia yang sihat, akan mempunyai lingkaran tenaga atau energy fluks yang penuh atau bulat.

Badan kita umpama sebatang rod magnet. Lebih tepat lagi tulang belakang manusia merupakan rod magnet tersebut. 

Di bahagian paling atas sekali terletaknya ubun-ubun atau lebih tepat lagi kita namakannya kelenjar pineal. Ia merupakan kutub utara dan hujung tulang sulbi iaitu tulang yang terakhir dalam struktur tulang belakang manusia merupakan kutub selatannya.

Mungkin ada antara kita yang tidak tahu atau kurang perasan bahawa tulang belakang manusia bermula daripada kelenjar pineal di atas kepala sehingga ke tulang sulbi di bahagian hujung tulang belakang. 

Oleh yang demikian tenaga mengalir daripada kutub utara iaitu kelenjar pineal hingga ke kutub selatan iaitu di hujung tulang sulbi dan seterusnya membentuk lingkaran atau medan magnet.

Lingkaran tenaga ini berpusing tanpa henti dan tidak putus. Lingkaran inilah yang membentuk medan elektromagnetik badan manusia atau aura. Apa kegunaan lingkaran tenaga ini. 

Lingkaran tenaga ini memastikan bahawa tenaga kita tidak berserakkan dan kita berada dalam pelindungan tenaga yang baik. Bila lingkaran ini semakin kuat dan besar tenaga dalaman seseorang itu bertambah hebat. Tenaga minda seseorang itu meningkat dan prestasi serta potensi dirinya juga meningkat.

Terdapat banyak fungsi dan manfaat aura. Selain menambah daya tahan tubuh seseorang menjadi kuat terhadap serangan penyakit, aura manusia yang cahayanya terang juga dapat mempengaruhi aura manusia lainnya di sekitarnya. 

Jadi aura sangatlah penting bagi kita sebagai manusia, apalagi bagi anda yang bekerja di bidang hiburan, perniagaan, pemasaran dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment