Thursday 30 December 2021

KHASIAT SACHA INCHI ATASI MASALAH KESIHATAN

 
Pokok sacha inchi kaya khasiat. Ia telah lama digunakan oleh orang Inca di Peru dan juga penduduk kawasan Amazon sebagai sumber protin tumbuhan yang didakwa terbaik di dunia.

Kini produk daripada sancha inci ini telah dikomersilkan sebagai pemakanan tambahan yang amat memberi kebaikan kepada kesihatan. 

Bahan yang dihasilkan daripada tumbuhan ini adalah selamat dimakan dalam kategori herba atau makanan kesihatan.

Sacha Inchi mempunyai banyak khasiat penting yang diperlukan oleh tubuh badan yang dapat membantu mencegah pelbagai jenis penyakit berbahaya.

Antara kandungan yang terdapat dalam scha inchi adalah omega-3 (48%), omega-6 (35%) dan omega-9 (9%) serta vitamin A dan vitamin E.

Gabungan ketiga-tiga lemak asid itu dapat mengurangkan paras kolestrol jahad dan juga meningkatkan kolestrol baik. Sacha inchi dikenali sebagai makanan terbaik omega.

Secara amnya, omega banyak memberi kebaikan kepada kesihatan kita seperti mengurangkan risiko penyakit jantung, meningkatkan kecerdasan otak, mencegah kemurungan dan mampu mencegah beberapa jenis kanser.

Omega-3 dalam sacha inchi lebih tinggi berbanding dengan kandungan omega dalam ikan dan juga jenis sayuran lain.

Omega-3 merupakan sejenis kumpulan asid lemak poli tak tepu yang diperlukan oleh tubuh. Ia tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita dan mesti diambil dalam diet harian.

Kencing manis, darah tinggi, masalah jantung dan sakit-sakit sendi adalah masalah yang lazim dihadapi kebanyakan warga Malaysia yang berumur lebih 35 tahun.

Begitu juga dengan masalah daya ingatan yang lemah, mudah lupa, penglihatan yang kabur, masalah berat badan berlebihan dan hilang keremajaan dari segi kecantikan kulit, rambut dan kuku kerap berlaku.

Keadaan ini berlaku disebabkan pengurangan peratusan jumlah omega lengkap dalam tubuh. Justeru, pengambilan omega perlu ditingkatkan untuk mengatasi masalah berkaitan dan menjadikan badan lebih sihat serta minda lebih cerdas.

Sebab itu, amat penting kita mengamalkan pengambilan sumber makanan yang kaya dengan sumber omega.



No comments:

Post a Comment