Kerja
perguruan kini relatifnya semakin kurang disanjung berbanding sebelum
ini. Pada bebeapa dekad dulu kerja guru amat disanjung.
Guru
dianggap insan paling mulia yang menjadi lilin membakar diri semata-mata untuk
mendidik anak bangsa. Guru sanggup ditugaskan di mana-mana saja hingga
terpaksa berdepan dengan perlbagai rintangan hidup semata-mata ingin menabur
bakti kepada anak bangsa.
Dewasa
ini perkara ini terlah berubah sebaliknya. Banyak yang menjadi guru
dikatakan bukan kerana minat, tetapi disebabkan tidak ada peluang kerjaya
lain. Maka, suka atau tidak mereka memilih menjadi guru. Bahkan ada
yang menganggap tugas guru senang dan banyak cuti. Justeru, mereka dilihat
ingin mengambil kesempatan tugas senang itu untuk tidak komiterd dengan
tugas.
Tidak
dinafikan, fenomina yang dinyatakan itu sebenarnya hanya melibatkan sebilangan
kecil guru saja. Sebahagian besar guru masih komiterd melaksanakan tugas.
Namun seperti kata pepatah, kerana setitik nila rosak susu sebelanga.
Akibatnya
pandangan masyarakat terhadap kerjaya guru semakin buruk. Hal ini menyebabkan
sedikit sebanyak hasrat dan cita-cita majoriti guru untuk berkhidmat sebaik
mungkin kepada anak bangsa menjadi terbantut.
Untuk
mengatasi masalah ini amat penting maruah dan pandangan masyarakat terhadap
kerjaya guru perlu dipulihkan. Antara cara yang boleh dilakukan ialah
membuat tapisan dan pemilihan yang lebih ketat dalam pemilihan calon
guru.
Hanya
mereka yang benar-benar berminat saja diberi peluang menjadi guru. Selain
itu, guru yang sedia ada perlu melakukan anjakan paradigma dan transformasi
minda untuk berdepan dengan cabaran melaksanakan tugas dengan lebih dedikasi
dan cemerlang.
Maruah
dan kedudukan guru perlu dipulihkan agar masyarkat kembali memandang tinggi
terhadap kerjaya guru dan seterusnya dapat membantu guru merealisasikan
peranannya sebagai pendakwah.
No comments:
Post a Comment