Sunday 22 May 2022

DATARAN MUHAMMADI KOTA BHARU

Dataran Muhammadi terletak di Zon Warisan Budaya menjadi lokasi tarikan pelancong di Kota Bharu. Tarikan lain di Zon Warisan Budaya ialah Bank Kerapu, Masjid Muhammadi, Istana Balai Besar, Istana Jahar dan Dataran Rehal. 

Dataran Muhammadi menjadi sebahagian daripada identiti yang beriringan dengan nama Masjid Muhammadi yang telah lama gah di Kota Bharu. 

Projek yang siap 2017 membabitkan pembinaan kios perniagaan, wakaf, tempat duduk dan tempat letak kenderaan jemaah serta bas pelancong.

Kawasan tempat letak kenderaan yang luar memberi kemudahan kepada jemaah yang hadir ke Masjid Muhammad serta pengunjung ke Bazar Tengku Anis yang sering menjadi tumpuan pengunjung. 

Selain itu, ia memberi kemudahan selesa untuk rombongan pelancong yang menggunakan bas.

Dataran Muhammadi juga sering dijadikan sebagai tempat ceramah secara terbuka. Kawasan yang luas dan diterangi cahaya lampu memang amat sesuai untuk dijadikan tempat ceramah, mahupun aktiviti santai.

Pada masa tertentu, Dataran Muhammadi menjadi tumpuan burung merpati. Ada pengunjung menabur makanan menarik kehadiran burung merpati.

No comments:

Post a Comment