Burung
hantu nampak sangat elegan dan menarik. Burung hantu dikelaskan sebagai binatang
liar dan pemakan daging (karnivor). Burung
hantu biasanya keluar pada waktu malam. Justeru, ia dipanggil haiwan malam. Pada
waktu malam, burung hantu akan terbang ke sana-sini. Tetapi, pada waktu siang,
ia akan tidur nyenyak!
Atas
sebab itu burung hantu dikaitkan dengan suasana seram dan menakutkan. Tambahan,
nama 'hantu' itu mengaitkan burung itu dengan hantu yang menjadi ketakutan dan
kebimbangan orang. Ia dikatakan pembawa berita kematian. Jika ada burung hantu
di kawasan rumah, itu tandanya ada kematian akan berlaku di dalam keluarga atau
di kampung itu.
Sebaliknya,
di barat, haiwan ini dianggap simbol kebijaksanaan. Memandang burung hantu
memberi aura dan keyakinan diri.
Secara
keseluruhan, terdapat kira-kira 222 spesies burung hantu yang telah dikenal
pasti di seluruh dunia.
Burung
hantu memiliki mata besar menghala kehadapan yang terletak di bahagian muka
yang leper. Matanya sesuai untuk memburu pada cahaya malap. Paruh menyerupai
burung helang.
Pelepah
yang membentuk cakera ini boleh ditala agar dapat menumpukan dengan jelas bunyi
yang datang dari jarak berlainan pada liang telinga burung hantu dan terletak
pada kedudukan tidak sekata.
Burung
hantu mampu memutarkan kepala dan leher mereka sehingga 270 darjah. Burung
hantu memiliki empatbelas vertebra leher berbanding 7 pada manusia yang
menjadikan leher mereka lebih lentur.
Paruh
tajam burung hantu dan kukunya yang berkuasa membenarkan ia membunuh mangsanya
sebelum menelannya bulat-bulat (sekiranya ia tidak terlalu besar).
Burung
hantu dijadikan 'pengawal' tikus di sawah padi. Rumah atau kotak kediaman
burung hantu dibuat di tengah-tengah bahagian sawah untuk menarik kehadiran
burung hantu tinggal di situ dan seterusnya menjadikan tikus yang berada di
sawah sebagai makanan.
Kaedah
pengawalan tikus secara biologi itu amat berkesan dan tanpa menggunakan racun
tikus.
No comments:
Post a Comment