Lato-lato adalah permainan yang diperkenal
sekitar tahun 60-an dan 70-an di Amerika Syarikat dan kini menjadi kegemaran
penduduk Indonesia sebelum ia tular ke negara ini.
Permainan lato-lato yang semakin popular
dalam kalangan pelajar di negara ini, perlu dikawal kerana dikhuatiri
mendatangkan mudarat terutama kecederaan kepada murid sekolah rendah.
Pihak sekolah dan ibu bapa perlu mengawal
anak daripada bermain permainan itu termasuk melarang ia dibawa ke sekolah.
Permainan lato-lato ini baharu bermula di
negara ini, namun kita kesan ia sudah menular ke sekolah. Diharapkan ia dikawal
daripada merebak kerana permainan ini mengeluarkan bunyi bising dan bingit, serta
boleh mendatangkan bahaya.
Apa yang dibimbangi lato-lato ini mempunyai
ladung yang berat, jadi jika ia terkena muka pelajar maka akan mencederakan.
Disebabkan itu kita harap ibu bapa dan pihak sekolah pantau perkara ini.
Sekolah sepatutnya menjadi tempat selamat
kepada pelajar menuntut ilmu, jadi kita harap ibu bapa dapat pantau anak mereka
termasuk elak permainan ini dibawa ke sekolah.
Lato-lato mempunyai dua pemberat dan diikat
dengan tali. Cara bermainnya melibatkan pemain menghayun kedua-dua pemberat ini
agar ia bertembung antara satu sama lain, di bawah dan di atas tangan.
Lagi laju ia dihayun, dianggap lagi hebat. Walau
bagaimanapun, permainan lato-lato ini sebenarnya mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak
kerana boleh mencederakan bahagian mata, gigi atau hidung.
Perkara ini terjadi kerana sekiranya
kanak-kanak tersebut tersilap hayun lato-lato tersebut, ia akan terkena pada
tubuh badan kerana ladungnya itu agak berat.
Maka, jika silap hayun, ada risiko ladung
tak bertembung sesama sendiri, lalu terkena anggota tubuh. Ada lato-lato yang
ladungnya tu agak berat, jadi jika kena muka agak berbahaya. Terutamanya jika
melibatkan mata, gigi atau hidung,” jelasnya. Tidak salah untuk main
lato-lato. Ia boleh meningkatkan koordinasi tangan.
Cuma, perlulah berhati-hati semasa bermain.
Ibu bapa perlu pastikan anak bermain cara yang selamat. Jika boleh pesan agar:
- Tidak menghayun lato-lato separas atau berhampiran muka. Hayun rendah atau jauh ke hadapan sedikit.
- Tidak bermain terlalu dekat dengan orang lain, atau di tempat orang lalu lalang. Bimbang terkena orang.
- Tidak menghayun atau mencampak lato-lato ke arah orang lain. Kena tegah dengan tegas hal ini.
- Berhati-hati dengan tali lato-lato. Memandangkan ia dililit pada jari, maka jangan sampai terjerut pula.
Seperti mana yoyo, gasing, kendama atau
apa-apa permainan yang mempunyai pemberat yang dihayun, lato-lato mempunyai
potensi menyebabkan kecederaan. Maka ibu bapa perlu memantau anak-anak bila
bermain.
- Tidak menghayun lato-lato separas atau berhampiran muka. Hayun rendah atau jauh ke hadapan sedikit.
- Tidak bermain terlalu dekat dengan orang lain, atau di tempat orang lalu lalang. Bimbang terkena orang.
- Tidak menghayun atau mencampak lato-lato ke arah orang lain. Kena tegah dengan tegas hal ini.
- Berhati-hati dengan tali lato-lato. Memandangkan ia dililit pada jari, maka jangan sampai terjerut pula.
No comments:
Post a Comment