Monday 23 September 2024

KEPENTINGAN AMALKAN PEMIKIRAN KRITIS

 
Pemikiran kritis adalah satu kemahiran penting yang perlu dikembangkan. Rakyat Malaysia harus digalakkan mengamalkan pemikiran kritis. Contoh pemikiran kritis ialah dalam membuat keputusan tentang sesuatu berita yang diterima iaitu mempersoalkan maklumat mereka terima, mempertimbangkan daripada pelbagai perspektif dan mencari sumber boleh dipercayai.
 
Cara berfikir kritis ini boleh dipromosikan melalui bengkel, kursus dalam talian dan program komuniti memfokuskan pembangunan kemahiran analitikal.
 
Selain itu, kerjasama antara kerajaan, syarikat teknologi dan organisasi masyarakat boleh diwujudkan untuk mempromosikan inisiatif pemeriksaan fakta dan menjadikan maklumat disahkan lebih mudah diakses.
 
Kerjasama antara platform media sosial dan pemeriksa fakta bebas boleh membantu mengenal pasti dan mengehadkan penyebaran maklumat palsu.
 
Walaupun media sosial merevolusikan cara manusia mengakses maklumat, ia juga membuka pintu kepada maklumat salah dan berita palsu. Banyak pihak tidak bertanggungjawab menyalurkan berita tidak benar dan boleh mencetuskan keadaan tidak harmoni di dalam negara.
 
Usaha menangani isu ini memerlukan pendekatan kreatif pelbagai aspek merangkumi peningkatan literasi media, menggalakkan pemikiran kritis dan memastikan maklumat tepat mudah diakses.
 
Pihak kerajaan dan warganegara prihatin perlu lebih aktif membekalkan maklumat tepat dan nasihat bermanfaat untuk rakyat. Apabila rakyat dibekalkan maklumat tepat dan kemahiran berfikir secara kritis, mereka dapat menyisih maklumat kompleks kepada perkara-perkara baik sahaja. Dengan itu, negara dapat mengurangkan kesan berita palsu dan membina masyarakat lebih bermaklumat serta berdaya tahan.

No comments:

Post a Comment