Tuesday 30 March 2021

BUNGA TEKOMA DIPANGGIL SAKURA MALAYSIA

Banyak warganet berkongsi pemandangan indah musim bunga tekoma atau juga dikenali trompet mawar. Fenomena yang jarang-jarang berlaku itu mewarnai pemandangan jalan dan kawasan sekitar. Hampir semua bahagian pokok dipenuhi dengan bunga.

Jadi, ia menjadi tarikan masyarakat berswafoto dan membidik gambar kenangan untuk dimuatkan dalam media sosial.

Tempat menarik seperti ini mejadi lokasi pilihan kepada mana-mana jurugambar atau mereka yang mahu 'showcase' produk perniagaan, kerana ia dapat menarik lebih banyak penenoton apabila gambar ini dimuat naik dalam media sosial.

Bunga tekoma banyak ditanam di taman dan ditepi jalan untuk menghiasi landskap itu berasal dari Amereika Tengah dan Amerika Selatan. Pokok tekoma akan mula mekar selepas musim kemarau yang disusuli musim hujan.

Biasanya bunga ini akan mekar dua kali setahun iaitu sekitar hujung Mac hingga awal April dan hujung Ogos sehingga awal September, namun ia bergantung pada tempoh musim panas dan hujan.

Bunga tekoma digelar sebagai ‘Sakura Malaysia’ yang hampir menyerupai suasana musim sakura di Jepun.  

No comments:

Post a Comment