Monday 5 April 2021

PASAR MUSLIM UBAH LANSKAP PERNIAGAAN

Semakin sehari semakin bertambah pasar raya Muslim. Kita ada Pasa raya Ikhwan, Lesong Mart, Az-Zain, Malakat Grocer, Elewsmart dan kini MyKampung FreshMart. Pendakwah Bro Firdaus Wong Wai Hung adalah peneraju pasar ini. Setakat ini baru ada dua premis.

Ini adalah padang permainan yang dianggap marhaen. Tetapi orang lain dengan mart-mart mereka dah lama bermain di padang ini.

Yang terkenal dan menyerlah ialah 99 Speedmart, Econsave, KK Mart, Jaya Grocer dan Village Grocer. Yang lebih besar pula ialah Giant, MyHero, Tesco (Lotus), Jaya Grocer dan Lulu Hypermarket.

Mereka besar. Terlalu besar. Memang tak terlawan sebab mengaut 92 peratus dari pasaran yang bernilai RM112 bilion menurut laporan 2019. Mart-mart Muslim hanya mengutip 8 peratus atau hanya RM9 bilion. Ciput!

Sebab itu, kalau sesiapa pun pemain kita nak masuk ke pasaran peruncitan, masuk ajelah dan ambil pasaran yang 92 peratus dikuasai oleh orang lain. Tak payahlah nak menyantau sesama sendiri.

Walau apa pun, di sinilah tempat di mana sebahagian besar wang orang kita dibelanjakan. Dan kehadiran pasar raya Muslim, walaupun kecil, akan memberi tempat alternatif untuk kita berbelanja, lebih-lebih lagi bagi mendapatkan barangan halalan toyibban!

Dua premis MyKampung Freshmart:
14, Jalan Bawang Merah 24/36, Section 24, 40300
Shah Alam, Selangor, Malaysia

Lot No. 47 & 49-G, Jalan Plumbum R7/R
Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

*Foto dari FB Bro Firdaus Wong Wai Hung

Salin dan tampal FB Norden Mohamed. 

No comments:

Post a Comment