Thursday 27 May 2021

UBI STELO KEDUDUK

Keledek banyak varieti atau jenis. Setiap varieti tentu ada ciri-ciri perbezaan antara satu sama lain. Paling ketara ialah pada warnanya.

Kebanyakan keledek atau dalam dialek Kelantan dipanggil ubi stelo berwarna putih kekuningan, kuning, merah dan lembayung. 

Ada macam-macam nama varieti seperti jepun, cameron, lembayung, cilembu dan lain-lain.

Selain nama ‘rasmi’ ada juga nama yang menjadi sebutan atau panggilan bagi sesetengah ubi keledek.

Contohnya ubi stelo keduduk merujuk kepada jenis yang berwarna purple. Kuih di dalam gambar itu dibuat daripada ubi stelo keduduk kerana berwarna purple.

Dinamakan keduduk kerana ia seperti warna buah dan bunga keduduk atau senduduk.

Pokok keduduk banyak tumbuh di kampung-kampung. Buah keduduk biasanya dimakan apabila masak. 

Kesan makan buah keduduk menyebabkan kesan warna purple pada mulut dan bahagian tangan atau yang terkena cecair buahnya.


No comments:

Post a Comment