Sunday 16 May 2021

SITUASI TERKINI DI PALESTIN

Umat Islam di seluruh dunia perlu ambil peduli tentang apa yang berlaku di Palestin. Namun, kita perlu sebarkan perkara yang tepat dan sahih sahaja. Jangan kita hanya menjadi seperti tin kosong sahaja. Menyebarkan perkara yang tidak tepat.

Ini fakta semasa yang perlu anda tahu:

1. Tidak ada pergerakan masuk tentera Turki ke Al Quds seperti yang digembar gemburkan. Video yang dikeluarkan itu adalah video kemaraan tentera Turki ke utara Syria yang mana ianya adalah detik yang menjadikan Syria sebagai padang jarak padang terkukur.

2. Tidak ada pergerakan masuk tentera Rusia dari Syria atau dari Moscow sendiri. Tentera Rusia sudah lama meninggalkan Syria sebaik sahaja tentera Amerika tidak lagi campur tangan dalam konflik berdarah di Syria.

3. Tidak ada gerakan menghantar tentera dari Indonesia ke Palestin. Video yang tular itu adalah misi pengaman tentera Indonesia ke Papua.

4. Tidak ada pergerakan masuk tentera dari Pakistan seperti yang tular. Video yang tular itu adalah persediaan tentera Pakistan berhadapan dengan tekanan dari tentera India di Kashmir serta ketegangan yang memuncak antara Islamabad dan Delhi beberapa tahun yang lepas.

5. Benar, wujud pergerakan besar-besaran rakyat Jordan cuba memasuki wilayah Palestin di pintu sempadan. Akan tetapi, tidak ramai yang berjaya lolos di pintu sempadan. Justeru, dakwaan pintu sempadan di Jordan runtuh, adalah tidak benar sama sekali.

Ketika ini, hanya Briged Al Qassam sahaja yang sedang bertempur di sana dengan menggunakan sistem serangan tentera yang amat terhad. Tiada sebarang bantuan ketenteraan dihulurkan oleh mana-mana negara Jazirah Arab termasuk Mesir.

Jika ada pun bantuan, ianya datang dari Hizbullah dan bantuan teknikal ketenteraan dari Iran kerana kedua-dua pertubuhan ini ada hubung kait dengan Tehran.

Sehingga kini, pertempuran darat hanya berlaku di Lod yang mana skala pertempuran tidaklah sebesar seperti yang tular di media sosial.

Israel sedaya upaya mengelakkan pertempuran darat yang memungkinkan mereka akan terus dimalukan. Mereka lebih senang mengebom dari udara dan bukannya bertempur secara konvensional.

Sehingga kini belum ada sebarang serangan ditujukan terus ke kompleks Al Quds. Yang ada adalah tindakan vandalisme anak muda Yahudi terhadap kompleks ibadah Al Quds. Video kebakaran yang ditunjukkan baharu ini adalah kesan dari ledakan serangan udara di kompleks perumahan rakyat Palestin. Bukan kebakaran dari Al Quds itu sendiri.

Semoga konflik ini tidak berpanjangan.

No comments:

Post a Comment