Wednesday 6 April 2022

Taja kurma untuk penduduk Pulau Seratus

 
Kurma sinonim dengan Ramadan. Setiap kali datang Ramadan, pemintaan terhadap kurma amat tinggi. Namun, tidak semua yang berkesempatan membeli kurma disebabkan kengkangan kewangan mahupun lokasi tempat tinggal.

Penduduk di kepulauan delta Sungai Kelantan di bawah pentadbiran jajahan (daerah) Tumpat antara yang disantuni Amran Rahman, aktivis kemasyarakatan mengagihkan kurma kepada penduduk pulau.

Sebanyak 100 botol atau balang kurma diserahkan kepada aktivis kemasyarakatan di kepulauan, Roslan Ismail atau juga dikenali Lan Pulau Seratus untuk mengagih-agihkannya kepada penduduk yang terpilih. 

Lan Pulau Seratus banyak membantu NGO, syarikat dan orang perseorangan dalam kerja-kerja kemasyarakatan di kawasan pulau. Bahkan, beliau salah seorang ahli jawatankuasa Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan. 

Penghantaran dibuat melalui Jeti Kuala Besar ke Jeti Pulau Seratus, sebelum ia diagih-agihkan kepada penduduk pulau yang tersenarai sebagai asnaf.

Di delta Sungai Kelantan di bawah pentadbiran jajahan Tumpat terdapat 33 buah pulau, tetapi hanya 13 pulau yang berpenduduk seperti Pulau Renjuna, Pulau Haji Nik Mat, Pulau Seratus, Pulau Beluru, Pulau Pantai Baru, Pulau Pantai Suri, Pulau Tongkang dan Pulau Cendol.

No comments:

Post a Comment