Tuesday, 29 March 2022

MAKSUD ‘SISA’ DIALEK KELANTAN

 
Banyak perkataan dialek Kelantan yang sebutannya dalam bahasa baku tetapi membawa maksud lain dalam dialek Kelantan. Salah satu perkataan tersebut ialah ‘sisa’.

Memang perkataan ‘sisa’ yang membawa maksud seperti istilah bahasa baku juga digunakan di Kelantan. Tetapi, ada satu lagi maksud ‘sisa’ dalam istilah Kelantan.

Maksud ‘sisa’ itu ialah cenderahati atau cenderamata yang diberikan kepada tetamu yang hadir di majlis perkahwinan. Sisa adalah ‘door gift’ yang lebih difahami masyarakat sekarang.

Mengapa ia dipanggil ‘sisa’? Mungkin kerana ia diberikan kepada tetamu selepas selesai makan atau sebelum pulang. Maka, ia dianggap sebagai ‘lebihan’ kepada hidangan utama yang telah dimakan. 

No comments:

Post a Comment