Senduduk merupakan pokok belukar kecil lazimnya didapati di kawasan tanah lapang, kawasan terbiar dan juga di tepi jalan.
Pokok senduduk merupakan tumbuhan renek
kecil dan bercabang. Boleh tumbuh sehingga 3 meter tinggi. Daunnya berbentuk
ringkas dan panjangnya boleh mencapai sehingga 7 cm.
Daunnya hijau, tekstur kasar, ditutupi
dengan bulu-bulu halus. Bunganya besar dan boleh mencapai 5-7 cm lebar.
Tumbuhan ini boleh dibiak dengan mudah
melalui biji benih. Selepas 2 minggu, biji benih di tapak semaian akan cambah.
Pokok ini boleh dipindahkan ke lapangan selepas 6 minggu. Pokok ini dapat
menyesuaikan dalam semua keadaan tanah dan memerlukan cahaya matahari.
Salah satu jenis senduduk ialah senduduk putih. Senduduk putih merupakan tumbuhan yang
mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Bunga senduduk putih dikatakan mempunyai
khasiat mengubati batuk yang lama.
Daunnya yang tua ditumbuk bersama kunyit
hidup dan dicampuri dengan air digunakan untuk merawat masalah cirit birit dan
berak berdarah.
Untuk mengubati penyakit keputihan yang
biasa dialami oleh wanita, dua ranting senduduk putih direbus bersama sedikit
gula batu, halia dan daun bonglai untuk diminum air.
No comments:
Post a Comment