Monday 4 September 2023

RAKAN AKTIF PARLIMEN PENGERANG

 
Rakan Aktif Parlimen Pengerang (RAPP) kerap melakukan aktiviti luar secara berkumpulan. Aktiviti RAPP biasanya turut disertai Datuk Azalina Othman Said, selaku Ahli Parlimen Pengerang.
 
Aktiviti yang diadakan mampu merapatkan hubungan sesama ahli dan masyarakat, selain sebagai satu aktiviti menyihatkan. Melalui aktiviti yang diadakan juga dapat memperkenalkan Pengerang kepada masyarakat luar apabila gambar dan berita mengenainya dimasukkan dalam media sosial.
 
Mungkin ada yang tak tahu, Pengerang ada banyak destinasi ekopelancongan, termasuk dengan menaiki kayak. Antara aktiviti menarik ialah berkayak di Sungai Lintang yang dikelilingi paya bakau. Ada juga anak sungai yang boleh dimasuki berhampiran Tapak Semaian Pokok Bakau, Pulau Tanjung Surat.
 
Di sepanjang sungai, ada banyak rakit diusahakan oleh orang tempatan. Hendak berkayak boleh, nak memancing pun boleh.

No comments:

Post a Comment