Tektonik merupakan kajian mengenai ciri
struktur dan perubahan yang berlaku terhadap kerak bumi. Ia menerangkan tentang
proses orogeni (pembentukan gunung) dan beberapa sifat tanah yang lain. Ini
termasuklah gempa bumi dan letusan gunung berapi yang memberi kesan kepada
bahagian tertentu di dunia.
Kajian tektonik mendapati pada sekitar
300-200 juta tahun lampau, bumi mempunyai satu daratan sangat besar (super
continent) yang dipanggil Pangea dan satu lautan luas dipanggil Panthalassa.
Lautan pada 'teluk' yang terbentuk dalam
Pangea pula dipanggil Lautan Tethys. Pada 200 juta tahun, proses hanyutan benua
bermula dan secara perlahan-lahan memisahkan Pangea kepada dua bahagian iaitu
Laurasia di bahagian utara dan Gondwana di bahagian selatan.
Proses geologi tersebut masih terus
berlangsung hingga ke hari ini diwakili dengan berlakunya gempa bumi dan
letusan volkano akibat pertembungan atau pergeseran plat-plat bumi/kerak bumi.
Melalui korelasi fosil-fosil dalam kajian
paleontologi dapat memadankan kerak-kerak tersebut yang suatu masa dahulu ia
adalah bersatu.
Fosil-fosil yang terdapat di Malaysia
mempunyai pengaruh atau berasal dari Lautan Tethys dengan sedikit percampuran
fosil daripada rantau Laurasia dan Gondwana.
Sesungguh apa yang dikaji pakar tektonik
sebenarnya telah dijelaskan oleh Allah. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan kamu
lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia
berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan
kukuh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu
kerjakan”- (Surah al-Naml, ayat 88).
Kredit kepada Omèn Necrofis
No comments:
Post a Comment